Friday 1 June 2012

usaha mereka.. usaha kita..

wazzap..
Monkey Emoticon
pa habaq?
dh mkn blum?
dh siapkan esaimen?
hehe

Alhamdulillah.. ini luahan rs yg pertama utk bulan Jun nih.. sekejap je da  masuk bulan 6.. pejam celik, pejam celik da hampir separuh tahun da rupanya.. insya Allah x lame lg nk masuk bulan Ramadhan.. berdebar-debar rsnya menanti bulan mulia nih..Monkey Icons Cici  sy rskan diri ini masih lg kurang persiapan dr segi rohani dan jasmani.. huhu..

syukur ke hadrat Allah S.W.T, 14 minggu utk sem 6 berakhir sudah.. yg part ni lgla sy rs cepat je masa itu berlalu.. minggu depan dah start study week.. sy mcm biasala, amik ilham kt rumah dulu dlm 2,3 hari.. pastu brla boleh fokus utk final exam..hehe.. alasan semata nk balik rumah.. tp, kali ni sy rskan cuti mmg sgt singkat.. lepas final exam, terus kena packing brg utk start praktikal.. insyaAllah mungkin di muar,johor.. keja biasa2 je, juz buat data utk treat wastewater.. peluang nk bekerja kt palm oil mill nmpaknya terpaksa dikuburkan..Monkey Icon.. xpela.. ummi bilang Allah ada perancangan yang lebih baik buat sy.. :-)

baiklah, kali ini sy ingin berkongsi tentang ibu bapa dan kita.. beruntungla pada mrk yg masih lg punya ibu dan ayah.. sy berasa sy ant org yg plg beruntung dlm dunia ini krn Allah memberikan sy ummi dan papa yg sgt menyayangi sy.. walaupun mrk nmpak tough kdg2, but that's their way to teach me and my siblings to be better..

bg sy, ummi dan papa adalah sumber ilham dan inspirasi sy.. memberi semangat di kala sy kesedihan dan tidak pernah lelah memberi nasihat agar sy sentiasa berusaha menjadi anak yg soleheh dan berilmu tinggi.

namun begitu, mungkin ada kalangan rakan2 di luar sana yg menginginkan ibu bapa yg lebih memahami, yg lebih menyayangi dan yg lebih mengasihi.. mungkin ada konflik dan perselisihan faham menyebabkan mrk berfikiran begitu.. sy juga pny rakan yg sering mengadu terasa dikongkong, terasa disisih, terasa tidak disayangi oleh ibu bapa sendiri..


ibu bapa kita juga manusia biasa.. tidak sempurna jua.. spt kita, mrk juga melakukan kesalahan, tersilap kata, kdg kala terkasar bahasa..bila ada rakan2 yg bercerita mengenai masalah ttg ibu bapa mrk, sy cuba berikan nasihat yg terbaik krn sy tahu mrk masih lg kurang memahami ibu bapa mrk sendiri.. sy pown begitu juga..

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan aku dengan sesuatu yang engkau tidak punyai ilmu tentang itu,maka janganlah engkau mentaati keduanya dan pergauilah keduanya dengan jalan yang baik” —Surah Luqman ayat 15

kita selalu menginginkan mrk agar lebih memahami kita.. tidak terlalu mengongkong dan membiarkan kita berdiri atas kaki sendiri.. tp, pernahkah kita berfikir sejenak utk memahami mrk? knp mrk berbuat begitu? knp mrk terlalu mengongkong? sy percaya mrk berbuat begitu krn mrk terlalu syg kt kita.. mrk x nak ape2 terjadi pada kita..

dunia luar yg mencabar dan peratusan jenayah yg semakin meningkat kini menjadi sebab mengapa ibu bapa kita mengongkong kita.. sy percaya, selangkah kaki kita keluar dr rumah ibu bapa kita akan sentiasa dlm keresahan sehinggalah kita berada di depan mrk semula..

hati ibu dan bapa dan pemikiran mrk mungkin tidak sama dengan pemikiran kita.. zamannya berbeza, begitu juga caranya.. tp itu bukanlah penghalang utk mencari persefahaman antara 2 generasi.. jikalau ada perselisihan pendapat, berbincanglah dgn sebaiknya.. sy juga kdg2 gugup nk berbincang dgn ummi dan papa, tp bila melangkah dewasa ini sy semakin byk berbincang dgn mrk.. dr itu, mrk faham dgn kehendak dan kemahuan sy..


seburuk mana ibu bapa kita, mrk masih lg insan yg perlu kita hormati.. jika anda ingin mrk menghormati anda, anda karus menghormati mrk dl.. to gain others respect, u have to gain theirs first..

berusahalah kita dlm menjadi anak yg soleh dan solehah.. percayalah, stiap saat dan detik ibu bapa kita sentiasa berusaha memberi yg terbaik utk kita.. mungkin crnya tidak kena, tp mrk sentiasa berusaha memenuhi keperluan kita.. bukalah minda, lapangkan hati.. jgnlah dipndang keburukan mrk, krn mrk manusia biasa.. fahamilah mrk..

jgn smpi suatu masa nnti, penyesalan menyeliputi hari-hari anda.. dan masa itu bila ibu bapa sudah tiada di dunia ini.. bersyukurlah krn anda masih pny ibu bapa krn ramai org yg dilahirkan tnpa mengetahui asal-usulnya..

sy akui sy bukanlah seorang anak yg sempurna.. tp, sy cuba perbaiki kelemahan diri.. agar sntiasa menjadi yg terbaik di mata ummi dan papa.. sy tidaklah sepandai org lain yg mampu berikan keputusan yg cemerlang pd ibu bapa mrk, tp sy akan pastikan sy akan menjadi manusia yg berjaya satu hari nnti..

ummi dan papa.. hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..




Monday 28 May 2012

the pain

Alhamdulillah..
Monkey Emoticons
ketemu lg kita juga ye..
rsnya mcm da lame je sy tidak menulis rencana..
memberi khabar cerita semasa..
tp bz sket nk buat mcm mane..
huhu

bersyukur ke hadrat Allah S.W.T krn sy masih lagi diberikan kurnia nafas dan sedikit kekuatan untuk menulis krn sejak kebelakangan ni mmg terlalu padat jadual sy.. Monkey Icon..ditmbah lg dengan esaimen yg menggunung ntah bila nk surut.. hehe

semester ini sy rskan antara semester yg plg menduga iman dan kekuatan sy.. bukan disebabkan krn jadual yg pack dan training yg terlalu xtreme, ttp sy sering kali jatuh sakit.. selalunya dlm 1 sem tuh, kehadiran sy ke pusat kesihatan universiti tidak smpai 5 kali, tp semester ni sy mmg rajin ziarah doktor2 di pusat kesihatan nuh.. huhu..

sy bukanlah seorang yg kuat antibodinya.. umi sy pernah bercerita ant adik-beradik, sy yg selalu masuk hospital.. well, itu bukanlah suatu rekod yg boleh dibanggakan.. hehe.. tp, sy tidak mahu jadikan kelemahan sy itu sbg satu batu penghalang dlm sy menceburi sukan2 lasak ketika di bangku sekolah dl.. dan bila masuk ke universiti, sy ceburkan diri dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau PALAPES.. dipendekkan cerita program ini adalah program askar simpanan..

sy sendiri tidak pernah menyangka akn masuk program ini.. selasak sy pown, sy hanya masuk lumba lari dan  kebanyakan kem yg sy ikuti adalah kem pandu puteri.. hehe..

baiklah.. berbalik kpd tajuk utama.. sejak dua menjak nih, sy sering sakit.. awal sem, sy lalui dgn sakit kepala atau migrain..Monkey Winks dan ini sedikit sebyk menganggu konsentrasi sy ketika belajar..kemudian diikuti dgn sakit pinggang.. sy tidak boleh bgn dan sukar utk berjalan.. dan br2 ini, sy harus menjalani 1 minor surgery utk membuang bengkak di paha sy.. walaupun telah diberikan pain killer, tp sakitnya ketika surgery tuh hanya Allah yg tau..Monkey Emoticons

sy sering mengaduh dan merungut ketika sakit.. krn sy tidak mahu kelihatan lemah di mata org lain.. sy sering bertanya knp harus sy yg jatuh sakit? knp bukan org lain..

kwn sy pernah menegur, jgn sesekali merungut.. krn apa yg Allah berikan kpd kita, mungkin ada hikmah disebaliknya.. kemudian, sy teringat satu sms yg pernah papa sy berikan ketika sy di matrix dhl.. 

"Sometimes, Allah sends us illness so we can take care of ourselves"
bila difikirkan semula, mmg btul bait2 kata ini.. sy terlalu obses dlm mengejar kehidupan dunia sehingga alpa dgn kesihatan diri.. dl, sy sering sakit kepala dan migrain krn terlalu kerap tidur lewat menyiapkan tugasan dan tutor.. sy juga sering sakit pinggang dan belakang krn selalu mengangkat benda2 yg berat..

sy tidaklah sekuat org lain.. skrang, sy telah belajar utk menyayangi diri sy sendiri.. sekiranya training yg diberikan terlalu xtreme, sy akan cuba sebaik mungkin ttp mengikut keupayaan diri sy.. dan jika sy tidak mampu, bermakna itu bukanlah utk sy.. tp, sy harus mencuba sebaik mungkin dhl brla berundur..


sy pernah terbaca suatu artikel yg mengatakan bhw sakit itu adalah penghapus dosa2 kecil.. oleh itu, sekiranya kita jatuh sakit, kita hendaklah perbanyakkan doa dan jgn sesekali tinggalkan solat fardu walaupun sakit teruk.. Allah tlah memberi kelonggaran kpd kita utk solat duduk sekiranya tidak mampu berdiri, dan jika tidak mampu solat duduk, solat scr baring, dan jika tidak mampu solat ktk baring, solatlah dgn menggerakkan anggota bdn, dan sekiranya semua itu tidak mampu, solatlah dgn hati..

sakit itu penghapus dosa.. jd, jgnlah ditmbh dosa ketika sakit.. mungkin Allah berikan kita sakit, spy kita dpt berehat dan menjaga badan dgn baik..

siapa yg nk sakit bukan.. tp sakit itu 1 ujian bg kita.. dan Allah tidak akan memberikan sesuatu bebanan yg tidak mampu ditanggung hamba-Nya..

jglah diri sebaiknya.. jgn terlalu obses mengejar kehidupan dunia.. ambillah masa sebentar utk berehat dan beristighfar mengingati Allah dan Rasul-Nya.. solat juga merupakan salah satu terapi tau..

Hadis Qudsi: Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa..

Monday 19 March 2012

hye ustazah..


apa khabar anda?
apa khabar iman hari ini? makin bertmbah atau berkurang? 
dah mkn sushi ke blum?
Monkey Icon *pe brg mkn sushi, bek mkn jagung*erk..

baiklah..sy nk berkongsi pengalaman sy bertudung labuh.. Alhamdulillah.. dah seminggu sy bertudung labuh .. dan responnya, Alhamdulillah sgt baik.. sy bersyukur sbb dikurniakan rakan2 yg sentiasa bg support dlm membantu sy mencari jalan yg benar..

hari pertama sy memakai tudung labuh sy rskan mcm nk pegi berperang je.. neves la katakan.. jd sepanjang hari sy memakai jaket c.o di dalam kelas.. kwn2 tanya x panas ke pkai jaket.. sy jwb sy rs x brp sihat. bkn segan utk menunjukkan 'the new me', tp sy perlukan masa utk menyesuaikan diri.

dan pd hari prtama jugala sy diuji. ade seorang rkn sy ternmpak sy keluar bilik dgn memakai tudung labuh. dan responnya.. "alahai.. dh mcm makcik dah aku tgk ko nih.." smbil tergelak. sy tersentap dan trus terdiam. namun, sy lemparkan shj senyuman dgn beranggapan bhw dia hanya mahu bergurau.

tp itu tidak mungkin akn mematahkan semangat sy. namun, sy menangis juga. menangis semahunya kpd-Nya dan  berdoa agar diberikan kekuatan.

hari kedua sy kuatkan hati dgn turun bebaris utk rokol dgn memakai tudung labuh. sy berasa terharu dgn respon rkn sy yg bertudung labuh. beliau hampir menangis smbil tersenyum melihat sy. beliau genggam tgn sy dan hanya satu kalimah beliau ucapkan "Alhamdulillah.." sy x tau knp, ttp melihatkan reaksinya begitu trus dtg satu kekuatan yg baru utk sy teruskan hijrah sy ini.

mmg benar. bukan mudah utk melakukan sesuatu perubahan. bg sesetengah org, bertudung labuh itu kelihatan janggal. sy rs bagai melawan arus tp itulah cabaran yg sbnarnya. klu sy boleh harungi cabaran ini, tidak mustahil sy boleh mengharungi cabaran2 lain.

bg sy, cabaran iman adalah cabaran plg hebat sekali. manusia boleh mencapai setinggi-tinggi kejayaan tp tewas juga krn iman yg lemah. dlm zaman moden nih, iman kita sering diuji setiap minit setiap saat. sy akui sy sometimes slip here and there. tp tiap hari juga sy cuba perbaiki kelemahan sy.

seminggu masih lg awl bg sy. byk lg yg harus sy tempuhi selepas ini. semoga hijrah ini berkekalan dan bertmbah baik..

p/s: skang ni dah x terasa bila org panggil ustazah.. lebih elok begitu, dr dpt gelaran yg x sepatutnya.. ye dak? hehe..Monkey Emoticon

Thursday 15 March 2012

kemaruk or x kuat?



2,3 hari ni matahari tampak malu bersemuka. tanah yang kering dihujani rahmat Allah. namun, ada juga di antara hamba-hamba Allah diuji apabila rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat. moga Allah berikan kekuatan kepada mereka agar sabar.

ehemm... ayat mmg cantik pny. tak sia-sia baca buku sastera Melayu.. hehe

malam ini rasa sayu sekali. sekali-sekala kedengaran bunyi motor di parking lot berhadapan dengan hostel tempat sy tinggal. sy curi-curi lihat di tingkap. kelihatan seorang perempuan turun dr sebuah motosikal. penunggangnya samar-samar di balik kelam malam. hati saya terdetik untuk terus memerhatikan pasangan ini.

dek krn rabun jauh, sy terus cpai cermin mata sy di tepi susunan buku. bukan niat untuk mengintai, sekadar ingin tahu siapakah mereka.

"Ya Allah.. kwn aku rupanya.."

rupa-rupanya betullah segala gosip-gosip hangat yg diperkatakan oleh kawan-kawan hostel sy. sy bukanlah jenis yang mudah percaya kata-kata org sehingga mata kepala sy sendiri yang menyaksikannya. hati saya menidakkan kenyataan bhw dua org teman rapat sy sering membonceng motosikal bersama. seorang lelaki dan seorang perempuan

dan kejadian tadi telah mengiyakan segala kata-kata org itu. saya tersentak seketika. setahu sy, kwn sy yg perempuan ini sangat sopan orangnya dan sentiasa menjaga tatatertibnya. betullah kata pepatah, "dont judge a book by its cover" .

nmpaknya, sekarang ni begitu mudah shj sesetengah kaum hawa membonceng motosikal bersama lelaki yg bukan muhrim. 

pernah juga saya timbulkan persoalan ini.. 

"senang je kan prmpuan skarang naik motor ngan laki?"

dan jawapan yg sy terima

"ala.. naik motor je.. bukan buat ape pown.. kwn je.. xde kapel2 eh.."

ye.mmg benar. naik motor je. tp yg dihadapan kita itu yang bukan muhrim bukan. lelaki yg punya nafsu. 


perkara ini byk kali juga sy bncangkan dgn rakan-rakan sy..


"bukannya ape.. diorang ni dah kemaruk.. diorang tau benda tu salah, x btul..tp, dek krn kemaruk buat jgk.. mcm kita kemaruk nk mkn smbal belacan.. x sah klu xde time mkn.."


btul juga apa yg kwn sy katakan itu. tp, bg saya suma berkaitan dgn kekuatan hati. klu hati kita kuat, insya Allah harga diri akn terpelihara.


ingatlah. prmpuan yg cantik bkn hanya pada paras rupanya. tp pada penampilan, akhlak dan peribadinya. dan Allah sentiasa menjaga prmpuan yg tau menjaga harga dirinya.


ustaz azhar idrus yg ohsem pny nasihat.. :-)

Wednesday 29 February 2012

the price to change



berjumpa lgi dlm rancangan 'anamuslimah'.. tajuk di atas merupakan tajuk besar dlm kehidupan saya sekarang.. org kata perubahan itu elok.. lebih2 lagi perubahan dari buruk ke baek..perubahan same juga seperti hijrah iaitu maksudnya berpindah dr tempat yg lame ke tempat yg baharu..

mari kita singkap kembali sejarah hijrah Nabi Muhammad S.A.W.. Rasulullah berhijrah dr Kota Mekah ke Kota Madinah...byk reason knp hijrah dilakukan..

ehem.. actually x la byk yg nk disingkap.sekadar mahu sedara sedari di luar sane flashback balik psl hijrah Rasulullah.. tp sy yakin benar yg anda sume tahu ttg kisah Baginda.. kan? kan? hehe..

berbalik kpd cerita sy, lately ni sy rajin mencari artikel tentang perubahan diri. entah knp sy rasakan terlalu byk kekurangan pada diri ini. semakin byk sy mencari, makin byk yg sy temui..

Alhamdulillah.. bbrp minggu lepas sy ditemukan dgn sebuah program dr Raudhatus Sakinah.. seorang sahabat sy yg merupakan trainer R.S mengajak sy untuk menjadi slah seorang fasilitator utk program tersebut.. memandangkan ketika itu tgh cuti semester, jd sy lapangkan hati untuk menyertai aktiviti ini.. sebelum itu, sy ada juga membuat sedikit 'revision'  ttg program tersebut. 

sy pernah menjadi fasi utk program di sekolah & universiti sebelum ini dan sy yakin dgn diri sendiri utk menjadi fasi program tersebut. oh yea, lupa plak nk bgtau program ape ye. program tersebut ialah program 'ANDA BIJAK JAUHI ZINA'. mungkin ada di antara sedara sedari yg pernah dgr mengenai program ini. klu x pernah, sila la google psl program ni ye. klu rajin sila la 'like' page tersebut di page ini.


3 hari berkampung di kem tersebut mengajar sy byk perkara. perkara plg utama sekali adalah aurat. sy ditempatkan dgn salah seorang sis iaitu sis sarah yg merupakan senior fasilitator utk program ini dan beliau bertudung labuh. act, suma fasilitator program ini bertudung labuh kecuali sy. neves, gementar & eksited sumanya ada. 


sy ade je rakan2 yg memakai tudung labuh namun tidaklah serapat mane. sekadar teman perjuangan bukan sahabat rapat. kali ini, sy berada di kalangan muslimah yg bertudung labuh, berstokin dan sntiasa memakai handsock.


ketika itu, sy hanya membawa satu inner dan sepasang stokin. dan sepanjang 3 hari program itu berlangsung, sy sntiasa memakai inner agar tidak terdedah bhgian lengan dan itu merupakan tempoh plg lama sy berstokin krn sebelum ini sy lebih selesa berseliparkan 'flipper' tiap kali keluar.


sy lahir dlm keluarga yg biasa2 shj. sy dan adik beradik bersekolah di sekolah harian biasa cuma ade sorang 2 adik laki sy yg berkesempatan utk bersekolah di maahad muhammadi di kelantan. namun begitu, sy bersyukur dilahirkan dlm keluarga yg amat mementingkan agama. sy juga telah diajar dr kecil utk bertudung dan Alhamdulillah masih bertudung sehingga sekarang.


namun begitu, almaklumlah duduk di Kuala Lumpur terlalu byk cabarannya sy akui. dulu, sy peminat setia baju berwarna itam. jd, dlm almari sy penuh dgn baju warna itam. rakan2 sy gelarkan sy 'minah rocker'. hehe. tudung sy selimpangkan shj dan lengan baju sntiasa disinsingkan. nmpak ganas sedikit ye dak?


melihatkan rakan2 yg ramai terpesong terutama dr segi pakaian dan sosial, sy sntiasa bersyukur krn masih lg mampu menjaga kehormatan diri. tika itu, hati sy sering terdetik. "nasib baikla aku x jd mcm diorang. pas abes sekolah suma buang."


sy tidakla suka memakai baju2 yg ketat krn sy rs lemas. jd seluar jeans yg dibeli slalunya jenis yg 'baggy'. ini menambahkan lg keyakinan bhw sy suda dikira 'good enough' at dat particular moment. 


sangkaan sy meleset. sgt meleset. krn terlalu melihat keburukan org lain, sy terlupa dgn kekurangan yg terlalu byk dgn diri ini. ianya bermula dgn satu teguran dr seorang rakan lelaki ketika sy menuntut di universiti. ayat beliau begini. "lengan tuh jaga sikit, x elok tayang."


krn ayat beliau yg terlalu 'open' ni la yg membuatkan sy tersentap seketika. sungguh sy terasa dgn ayat beliau ttp sy berfikir sejenak. rupa-rupanya dlm terlalu angkuh dgn 'kebaikan' yg sedia ada, sy terlupa bhw aurat yg sy ambil remeh telah sy tayang kpd mrk yg bukan muhrim. sy beristighfar dgn penuh kekesalan ketika memikirkan hal ini.


apb sy dikelilingi dgn rakan2 fasi yg bertudung labuh ini, ntah knp sy rskan ade satu perasaan yg tenang dan lapang hati. sy relakan hati berstokin dan memakai inner spjg masa. panas mmg panas. tp, itu suma hanyalah 'mindset'.






lama kelamaan, suma ini menjadi biasa bg sy. perubahan dilakukan sedikit demi sedikit. kiranya skarang, sy memakai handsock dan sntiasa mengingatkan diri utk berstokin. kdg2 terlupa jg. hehe.tudung yg selalunya diselimpangkan, sy mula labuhkan. 


ramai yg bertanya smbil memegang tudung yg sy labuhkan. "bila ni?", "amboi..amboi..ustazah dah..". mungkin ada di antara kenyataan dan persoalan mrk berbaur perli,but i take it positive. dlm doa, tidak putus sy meminta kpd Allah agar diberikan kekuatan.


baru-baru ini, sy pulang ke rumah pada hujung minggu dan sy memakai jubah beserta selendang labuh ketika itu. org pertama yg tersenyum melihat sy ialah papa sy sendiri. dia juga berkata. "kalau ayong nk jubah lg, papa belikan nnti.."


papa sudah lama menginginkan anak-anak perempuannnya spy berjubah dan bertudung labuh. cuma kami amik endah tak endah. tapi, apabila melihat papa tersenyum melihat perubahan sy, sy terasa bagai diberi satu kekuatan untuk teruskan perubahan ini.


orang sering berkata, nk berubah ni kena amik masa untuk bersedia. bg sy, tidak ada masa yg sesuai untuk bersedia krn kita tidak tahu bila masanya kita akan dijemput untuk menghadap Illahi. sbnarnya, itu suma melibatkan kekuatan hati kita. sekiranya kuat, tidak mustahil untuk berubah. 


sy akui, sgt sukar untuk berubah menuju kebaikan. ramai org di sekeliling akan bertanya dan mungkin mengata, perli dan sebagainya. tp, ketahuilah ramai juga yg tersenyum melihat perubahan kita.


sbb itulah sy katakan the price to change is very expensive. ttp, pulangannya insya Allah berbaloi. mungkin pulangannya tidak  dapat di dunia, tp insya Allah di akhirat kelak.


insya Allah sy akan teruskan perjuangan ini dan semoga sy istiqamah. Amin..

Friday 24 February 2012

yg kedua

Alhamdulillah.. ini blog ke-2 ana.. blog ana yg pertama itu biarlah hanya menjadi diari silam ana.. sudah lama sbanrnya ana ingin berkongsi cerita dan pengalaman ana di blog br..cuma tidak berkesempatan menulis krn kekangan masa.. syukur setelah laptop telah diformat (walaupun habes sgl document dan gmba2), ana tekad juga nk memulakan penulisan di blog br nih.. semoga ianya berterusan.. enjoy my writing .. ^_^