Wednesday 29 February 2012

the price to change



berjumpa lgi dlm rancangan 'anamuslimah'.. tajuk di atas merupakan tajuk besar dlm kehidupan saya sekarang.. org kata perubahan itu elok.. lebih2 lagi perubahan dari buruk ke baek..perubahan same juga seperti hijrah iaitu maksudnya berpindah dr tempat yg lame ke tempat yg baharu..

mari kita singkap kembali sejarah hijrah Nabi Muhammad S.A.W.. Rasulullah berhijrah dr Kota Mekah ke Kota Madinah...byk reason knp hijrah dilakukan..

ehem.. actually x la byk yg nk disingkap.sekadar mahu sedara sedari di luar sane flashback balik psl hijrah Rasulullah.. tp sy yakin benar yg anda sume tahu ttg kisah Baginda.. kan? kan? hehe..

berbalik kpd cerita sy, lately ni sy rajin mencari artikel tentang perubahan diri. entah knp sy rasakan terlalu byk kekurangan pada diri ini. semakin byk sy mencari, makin byk yg sy temui..

Alhamdulillah.. bbrp minggu lepas sy ditemukan dgn sebuah program dr Raudhatus Sakinah.. seorang sahabat sy yg merupakan trainer R.S mengajak sy untuk menjadi slah seorang fasilitator utk program tersebut.. memandangkan ketika itu tgh cuti semester, jd sy lapangkan hati untuk menyertai aktiviti ini.. sebelum itu, sy ada juga membuat sedikit 'revision'  ttg program tersebut. 

sy pernah menjadi fasi utk program di sekolah & universiti sebelum ini dan sy yakin dgn diri sendiri utk menjadi fasi program tersebut. oh yea, lupa plak nk bgtau program ape ye. program tersebut ialah program 'ANDA BIJAK JAUHI ZINA'. mungkin ada di antara sedara sedari yg pernah dgr mengenai program ini. klu x pernah, sila la google psl program ni ye. klu rajin sila la 'like' page tersebut di page ini.


3 hari berkampung di kem tersebut mengajar sy byk perkara. perkara plg utama sekali adalah aurat. sy ditempatkan dgn salah seorang sis iaitu sis sarah yg merupakan senior fasilitator utk program ini dan beliau bertudung labuh. act, suma fasilitator program ini bertudung labuh kecuali sy. neves, gementar & eksited sumanya ada. 


sy ade je rakan2 yg memakai tudung labuh namun tidaklah serapat mane. sekadar teman perjuangan bukan sahabat rapat. kali ini, sy berada di kalangan muslimah yg bertudung labuh, berstokin dan sntiasa memakai handsock.


ketika itu, sy hanya membawa satu inner dan sepasang stokin. dan sepanjang 3 hari program itu berlangsung, sy sntiasa memakai inner agar tidak terdedah bhgian lengan dan itu merupakan tempoh plg lama sy berstokin krn sebelum ini sy lebih selesa berseliparkan 'flipper' tiap kali keluar.


sy lahir dlm keluarga yg biasa2 shj. sy dan adik beradik bersekolah di sekolah harian biasa cuma ade sorang 2 adik laki sy yg berkesempatan utk bersekolah di maahad muhammadi di kelantan. namun begitu, sy bersyukur dilahirkan dlm keluarga yg amat mementingkan agama. sy juga telah diajar dr kecil utk bertudung dan Alhamdulillah masih bertudung sehingga sekarang.


namun begitu, almaklumlah duduk di Kuala Lumpur terlalu byk cabarannya sy akui. dulu, sy peminat setia baju berwarna itam. jd, dlm almari sy penuh dgn baju warna itam. rakan2 sy gelarkan sy 'minah rocker'. hehe. tudung sy selimpangkan shj dan lengan baju sntiasa disinsingkan. nmpak ganas sedikit ye dak?


melihatkan rakan2 yg ramai terpesong terutama dr segi pakaian dan sosial, sy sntiasa bersyukur krn masih lg mampu menjaga kehormatan diri. tika itu, hati sy sering terdetik. "nasib baikla aku x jd mcm diorang. pas abes sekolah suma buang."


sy tidakla suka memakai baju2 yg ketat krn sy rs lemas. jd seluar jeans yg dibeli slalunya jenis yg 'baggy'. ini menambahkan lg keyakinan bhw sy suda dikira 'good enough' at dat particular moment. 


sangkaan sy meleset. sgt meleset. krn terlalu melihat keburukan org lain, sy terlupa dgn kekurangan yg terlalu byk dgn diri ini. ianya bermula dgn satu teguran dr seorang rakan lelaki ketika sy menuntut di universiti. ayat beliau begini. "lengan tuh jaga sikit, x elok tayang."


krn ayat beliau yg terlalu 'open' ni la yg membuatkan sy tersentap seketika. sungguh sy terasa dgn ayat beliau ttp sy berfikir sejenak. rupa-rupanya dlm terlalu angkuh dgn 'kebaikan' yg sedia ada, sy terlupa bhw aurat yg sy ambil remeh telah sy tayang kpd mrk yg bukan muhrim. sy beristighfar dgn penuh kekesalan ketika memikirkan hal ini.


apb sy dikelilingi dgn rakan2 fasi yg bertudung labuh ini, ntah knp sy rskan ade satu perasaan yg tenang dan lapang hati. sy relakan hati berstokin dan memakai inner spjg masa. panas mmg panas. tp, itu suma hanyalah 'mindset'.






lama kelamaan, suma ini menjadi biasa bg sy. perubahan dilakukan sedikit demi sedikit. kiranya skarang, sy memakai handsock dan sntiasa mengingatkan diri utk berstokin. kdg2 terlupa jg. hehe.tudung yg selalunya diselimpangkan, sy mula labuhkan. 


ramai yg bertanya smbil memegang tudung yg sy labuhkan. "bila ni?", "amboi..amboi..ustazah dah..". mungkin ada di antara kenyataan dan persoalan mrk berbaur perli,but i take it positive. dlm doa, tidak putus sy meminta kpd Allah agar diberikan kekuatan.


baru-baru ini, sy pulang ke rumah pada hujung minggu dan sy memakai jubah beserta selendang labuh ketika itu. org pertama yg tersenyum melihat sy ialah papa sy sendiri. dia juga berkata. "kalau ayong nk jubah lg, papa belikan nnti.."


papa sudah lama menginginkan anak-anak perempuannnya spy berjubah dan bertudung labuh. cuma kami amik endah tak endah. tapi, apabila melihat papa tersenyum melihat perubahan sy, sy terasa bagai diberi satu kekuatan untuk teruskan perubahan ini.


orang sering berkata, nk berubah ni kena amik masa untuk bersedia. bg sy, tidak ada masa yg sesuai untuk bersedia krn kita tidak tahu bila masanya kita akan dijemput untuk menghadap Illahi. sbnarnya, itu suma melibatkan kekuatan hati kita. sekiranya kuat, tidak mustahil untuk berubah. 


sy akui, sgt sukar untuk berubah menuju kebaikan. ramai org di sekeliling akan bertanya dan mungkin mengata, perli dan sebagainya. tp, ketahuilah ramai juga yg tersenyum melihat perubahan kita.


sbb itulah sy katakan the price to change is very expensive. ttp, pulangannya insya Allah berbaloi. mungkin pulangannya tidak  dapat di dunia, tp insya Allah di akhirat kelak.


insya Allah sy akan teruskan perjuangan ini dan semoga sy istiqamah. Amin..

Friday 24 February 2012

yg kedua

Alhamdulillah.. ini blog ke-2 ana.. blog ana yg pertama itu biarlah hanya menjadi diari silam ana.. sudah lama sbanrnya ana ingin berkongsi cerita dan pengalaman ana di blog br..cuma tidak berkesempatan menulis krn kekangan masa.. syukur setelah laptop telah diformat (walaupun habes sgl document dan gmba2), ana tekad juga nk memulakan penulisan di blog br nih.. semoga ianya berterusan.. enjoy my writing .. ^_^